Showing posts with label Matkomik. Show all posts
Showing posts with label Matkomik. Show all posts

MATKOMIK V4 - MOD GELAP & PERUBAHAN Ui / UX

MOD GELAP & PERUBAHAN UI DAN UX

Diam tak diam sudah 10 tahun usia website Matkomik ini. Mulanya hanya sekadar suka-suka sekarang ia sudah menjadi sebahagian tanggungjawab aku.

Kemaskini kali ini aku buat agak besar-besaran juga, memerlukan masa yang lama. Pagi kerja seperti biasa, malam bersengkak mata untuk selesaikannya. Dengan sekadar pengetahuan asas tentang web design, encik gugglelah jalan penyelesaiannya.


Selamat Tinggal 2016, Bring It On 2017!


Assalammualaikum, hahaha lama giler tak update blog ini. Terima kasih kepada sesiapa yang follow dan baca konten dalam blog ini. InsyAllah tahun ini akan cuba untuk merajinkan diri untuk update selalu.

Ok, tak nak cerita banyak, disini aku nak kongsikan pencapaian sepanjang 2016 dan harapan untuk 2017 sebagai founder laman website komik online Malaysia - Matkomik.


"Tidak Perlu Tunggu Ia Sempurna, Jalan Terus.."


Yup, itulah kata-kata mentor aku. Dalam 'Startup' ada terma yang di panggil MVP (Minimum Viable Product) iaitu sebuah produk untuk menguji andaian anda, bina semurah mungkin dan dengan matlamat untuk belajar secepat mungkin. Err..paham tak? hihi. Ok ikuti kronologi aku membina website Matkomik di bawah ini.


"Sembang lebat, buat sajalah!.."

"Sembang lebat, buat sajalah!.. " begitulah kata-kata yang keluar dari mulut rakan karibku apabila buat pertama kalinya aku mengutarakan tentang idea untuk membina website Komik Online khas untuk pelukis Malaysia sahaja. Cuba korang bayangkan kita punyalah semangat nak berkongsi idea, tiba-tiba terkeluar kata itu dari mulutnya. 

Aku terus terpaku.! dan sentap jugaklah..