artzam


Selamat Tinggal 2016, Bring It On 2017!


Assalammualaikum, hahaha lama giler tak update blog ini. Terima kasih kepada sesiapa yang follow dan baca konten dalam blog ini. InsyAllah tahun ini akan cuba untuk merajinkan diri untuk update selalu.

Ok, tak nak cerita banyak, disini aku nak kongsikan pencapaian sepanjang 2016 dan harapan untuk 2017 sebagai founder laman website komik online Malaysia - Matkomik.


"Tidak Perlu Tunggu Ia Sempurna, Jalan Terus.."


Yup, itulah kata-kata mentor aku. Dalam 'Startup' ada terma yang di panggil MVP (Minimum Viable Product) iaitu sebuah produk untuk menguji andaian anda, bina semurah mungkin dan dengan matlamat untuk belajar secepat mungkin. Err..paham tak? hihi. Ok ikuti kronologi aku membina website Matkomik di bawah ini.