Artzam

"Buat sajalah, tunggu apa lagi, hidup hanya sekali.."


"Sembang lebat, buat sajalah!.. " begitulah kata-kata yang keluar dari mulut rakan karibku apabila buat pertama kalinya aku mengutarakan tentang idea untuk membina website Komik Online khas untuk pelukis Malaysia sahaja. Cuba korang bayangkan kita punyalah semangat nak berkongsi idea, tiba-tiba terkeluar kata itu dari mulutnya. 

Aku terus terpaku.! dan sentap jugaklah..

Sebenarnya ada betulnya dia cakap tu, sebab pada ketika itu aku berkata hanya teori semata-mata sahaja. Tiada rujukan atau sample produk. Lagipun aku banyak merunggut bukannya cari jalan solusi. Mana taknya nak bina website bukan perkara mudah, coding lagi, hosting lagi..lagipun aku bukan budak programmer. 

Aku budak Grafik!

Aku belajar dan sekarang kerja sebagai grafik designer sepenuh masa. Mainan software aku Adobe Photoshop, Ai, Indesign. Tak pernah tahu pun tentang HTML, JAVA, CSS,JQUERY dan lain-lain terma seumpanya. 

Masak! macam mana ni?



Bersambung...hihihi ^^


Artzam

Founder Matkomik - Fulltime Graphic Designer, Partime Blogger, Freelance Comic Artist and also Film Director Wannabe

No comments :

Post a Comment

Leave a Comment...