Artzam

"Buat sajalah, tunggu apa lagi, hidup hanya sekali.."



Assalammualaikum, hahaha lama giler tak update blog ini. Terima kasih kepada sesiapa yang follow dan baca konten dalam blog ini. InsyAllah tahun ini akan cuba untuk merajinkan diri untuk update selalu.

Ok, tak nak cerita banyak, disini aku nak kongsikan pencapaian sepanjang 2016 dan harapan untuk 2017 sebagai founder laman website komik online Malaysia - Matkomik.


#1 TOP 3 RANKING GOOGLE 

Akhirnya.. sejak penubuhan Matkomik, ini adalah impian dan target aku iaitu untuk menjadi yang teratas dalam enjin carian google untuk keyword 'Komik Malaysia'.

Tarikh kemaskini  1/1/2017


SEO atau Search Engine Optimization dan permainan Keyword yang betul adalah key untuk menjadi top 3 ini. Kalau korang mempunyai wesbite ini adalah 2 perkara yang sangat penting untuk mendapat top ranking di Google. Ada orang cakap SEO dah tak penting sebab adanya laman sosial Facebook.

Well.. cuba korang tanya diri sendiri. Bila korang nak cari sesuatu di online adakah menggunakan FB atau Google?.

Selain beberapa perkongsian dari luar negara tentang SEO ini. Aku juga ikuti perkongsian tip Hasbul AqilStrategi Dominasi Google – Rahsia SEO Imej dari Majalah Niaga serta Prosfekdigital tentang Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang SEO Pada Tahun Ini? dari Zulhilmi Zainuddin.

Untuk pengetahuan trafik website Matkomik dari Google adalah tertinggi berbanding laman social Facebook.

#2 MASUK SURAT KHABAR HARIAN METRO!

Siapa sangka akhirnya dapat juga muka aku masuk paper...haha. Semua ini terjadi apabila wartawan Harian Metro hubungi menggunakan email.

Email dari wartawan Harian Metro

Mengikut katanya sedang dia mencari bahan untuk artikel seterusnya ter'stumble' laman website Matkomik melalui kata carian di Google..see? siapa kata SEO tak penting.

Nah korang boleh baca artikel itu di Harian Metro Online dan korang nampaklah muka abam yang tak hensem ini. Thanks kat abam Abdul Aziz sebab temankan.


#3 APPS MATKOMIK & 500 DOWNLOAD!

Ini adalah antara perkara yang paling mencabar untuk aku, sebab aku budak grafik, tak reti sangat tentang programmer ni. Google guruku, pelbagai tutorial serta tips aku cari & ikuti dalam penghasilan apps.


Ianya bukan satu proses yang mudah tetapi sebenarnya ianya BOLEH dilakukan jika korang betul-betul inginkannya.

Tekniknya WEB to Apk adalah kunci untuk penghasilkan apps ini. Korang boleh layari Appsgeyser dan web2apk untuk rujukan korang.

Apps ini masih dalam peringkat pembinaan, mungkin loading lambat skit penambaikkan sedang dilakukan.

Download app Matkomik di Google Play Sekarang!


#4 WEBSITE KEDAI KOMIK INDIE ONLINE DAN LIGHT NOVEL MALAYSIA



2 entiti baru di bawah jenama Matkomik dihasilkan iaitu Walawei - Kedai Komik Indie Malaysia dan Matnovel - Komuniti Light Novel Malaysia

" Sedangkan ko handle Matkomik pun terkontang-kanting, ni pula nak kendali 2 website lagi? memang cari pasallah..." ujar diriku pada diriku.

Haha..tahun 2016 telah siap setup, insyaAllah tahun 2017 akan all-out!

#5 CKOM2016 DAPAT 145 PENYERTAAN!

Wow! ini perkara yang mengembirakan aku untuk penutupan tahun 2016. Cabaran Komik Online Malaysia atau CKOM adalah acara tahunan Matkomik. Ia memberi peluang kepada pelukis komik Malaysia untuk memenangi hadiah wang tunai serta karya akan di terbitkan oleh Komik-M.


Pada mulanya aku beranggapan ia tidak akan mendapat sambutan dek kerana tema tahun agar sukar iaitu perlu hasilkan komik bisu / silent komik berdasarkan perkataan Hero. Tetapi akhirnya ia diluar jangkaan.

Terima kasih kepada editor Komik-M tuan Wanzu & Reja (pelukis Shootz) atas kerjasama ini sekali lagi. Bila nak makan patin..hahaha..

Korang boleh baca 145 karya peserta #CKOM2016 di sini.

TAHUN 2017 MALAYSIA GAWAT?


Rata-rata korang akan terdengar benda ini, lagi-lagi dari laman website online serta Facebook dan Whatsapp. Ntahlah! aku nak komen lebih pun bukan pakar ekonomi. tetapi memang terasa keadaan sekarang. Tak teruk cuma cukup-cukup makan.. bak kata orang tua-tua.

Ada beberapa perkara dalam perancangan untuk tahun 2017 nanti akan aku buat. Harap perkara ini dapat direalisasi dan tidak terjejas dek kerana benda gawat ini.

Usia makin meningkat, hidup ini terlalu singkat untuk memikir hal-hal ini sampai satu kerja pun tak buat. Belajar benda baru, perbaiki diri sendiri dan tetap terus beristiqomah dalam segala hal serta jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Dia.

Kalau ikutkan panjang lagi nak tulis ini, tapi takut korang bosan lak...haha

Ok korang boleh ikuti aku di media sosial, takde benda pun...haha

haha

Wasalam.

Artzam

Founder Matkomik - Fulltime Graphic Designer, Partime Blogger, Freelance Comic Artist and also Film Director Wannabe