Artzam

"Buat sajalah, tunggu apa lagi, hidup hanya sekali.."


Hai, dah lama tak update blog inikan. Oklah kali ini aku nak cerita dua benda iaitu komik Ultra Qalif #4 yang akan diterbitkan dan Komik Semuka untuk Fan art Ultra Qalif.

 
Diatas ini merupakan siri komik Ultra Qalif sebelum ini dan mengikut pelukis komik ini, Bophairy Ultra Qalif #4 baru saja siap di lukis, tetapi kerja editing serta cetakan belum lagi (semasa artikel ini ditulis). Justeru itu, Bophairy mencadangkan kepada mereka yang hendak menyumbang karya dalam komik semuka yang akan di muatkan di komik Ultra Qalif #4 akan datang.


Untuk itu,aku mengambil peluang ini, sedikit previu komik semuka yang telah aku hantar untuk Ultra Qalif #4, harap-haraplah komik aku itu dipilih...hehehe..


Komen dari Azhar - Presiden PEKOMIK/pelukis komik Liga Pendekar

"Kita amat kehausan akan komik adiwira tempatan yang santai menghiburkan dan mudah di baca..dan kita memiliki akhirnya dalam Ultra Qalif nih..simple dan mudah di jamah komik ini bersama anak anak dan keluarga..plot..layout..pacing..perkembangan watak yang mudah diikuti dan di baca..menghiburkan..ada adegan aksi..saspen..saspen lawak...agak cliche..babak yang memorabilia mengingatkan kita akan superman..masa clark kent mula dapat power.. walaupun terpengaruh sana sini...komik ini berjaya membawa arah tuju sendiri..membawa isi naluri tempatan tersendiri yang berjayasatu introduction origin yang berjaya disampaikan..pengalaman bop dalam bidang penceritaan komik..mengahasilkan komik yg matang dalam UltraQalif satu komik yang santai dan menarik lagi terhibur..sebuah lagi karya best seller...ending yg di jangka...tapi tetap kita enjoy dan ikut arus penceritaan Qalif dengan penuh penantian untuk ke halaman seterusnya...anda semua kena baca..
 

Artzam

Founder Matkomik - Fulltime Graphic Designer, Partime Blogger, Freelance Comic Artist and also Film Director Wannabe

No comments :

Post a Comment

Leave a Comment...