Artzam

"Buat sajalah, tunggu apa lagi, hidup hanya sekali.."


Hai, peh!! lama giler aku tak update blog ni..hahaha. Aku bukan segaja tak nak update, busy sikitlah (alasan jerk ni). Banyak benda yang terjadi pada diri aku, tak tau nak cerita yang mana satu. Emm..oklah aku cerita satu persatu ea. Maaf entri ini panjang..hihi
Berjumpa Super Nur

Cerita pertama ialah aku berjumpa dengan pelukis Super-Nur iaitu En. Haris Norman Harizan. Korang mesti kenalkan, femes oo siap masuk tv lagi pasal komik yang dia buat tu.  Semasa pertemuan itu banyak jugaklah benda yang dia share dengan aku,yelah aku inikan amatur lagi dalam bidang komik ni. 

Aku juga berbincang tentang fan art yang akan dibuat untuk Super Nur #2 akan datang. Memang  takde idea, tetapi selepas perbincangan itu, terus aku tau nak buat ape..hihihi. So nak dipendekkan cerita memang satu pertemuan yang awesome. Aku akan nantikan pertemuan yang akan datang. ^^


Anda, PM dan Kartunis

Ini adalah event yang berlaku di Pasar Seni, buat pertama kalinya aku gi event macam ni. Peh!! kat sini lagi best aku dapat jumpa otai2. Antaranya Gayour, Bophairy, Reja Mus, Aman Wan, Xs Rizal (Majalah G3), Syed Alwi (Majalah G3) dan ramai lagilah. Kat sini adalah himpunan semua yang mempunyai minat yang sama, dan aku sebagai amatur memang sangat teruja dan macam tak caya ada gak.

Gambar di ambil dari blog AmanWan.

Proposal Komik M

Yang ni lagi best giler, aku dah lama hantar proposal kat Komik M,pernah sekali tu aku hantar kena reject (lukisan buruklah) hihihi. Tetapi kali ini aku bangkit dari kejatuhan dan aku terima email balasan dari Tuan Alif (editor komik M). 

Peh!! Penantian aku selama ini adalah berbaloi apabila proposal komik M aku di terima..hoho..Dan ini email balasan setelah diorang mengadakan meeting proposal aritu

Dibawah ini adalah sedikit previu komik ape yang aku akan buat.
 
Sebenarnya banyak juga research aku kena wat untuk hasilkan komik ni, korang doakan aku berjaya ea..Thanks ^^

Artzam

Founder Matkomik - Fulltime Graphic Designer, Partime Blogger, Freelance Comic Artist and also Film Director Wannabe

1 comment :

Reader's Comments

  1. Wah, tahniah proposal diterima oleh Komik M:)
    moga komik tu bermanfaat untuk masyarakot..heh heh

    ReplyDelete