Artzam

"Buat sajalah, tunggu apa lagi, hidup hanya sekali.."


Hai, korang pernah dengar tak Supernur, sebuah novel grafik dalam warna warni dihasilkan oleh Haris Norman Harizan, juga seorang ahli pergh.com secara "one-man show", kebiasaan yang diamalkan pelukis-pelukis Malaysia. Secara umumnya, sasaran novel grafik ini ialah untuk bacaan semua peringkat. 

Persembahannya yang bersahaja dan santai. Seperti yang tertera dibelakang kulit novel grafik itu, sipnosisnya ialah tentang sebuah organisasi rahsia memiliki teknologi yang mendahului zaman sdang membangunkan teknologi penciptaan adiwira. Melalui pelbagai kaedah sains dan kejuruteraan elektronik, mesin dan teknologi, mereka mencipta pelbagai bentuk "kuasa" yang mengabungkan manusia biasa untuk menghasilkan manusia luarbiasa.


Kalau di Marvel/Darkhorse/DC, mereka ada Supergirl, Batwoman, Wonderwoman dan ramai lagi adiwira wanita/perempuan. Barangkali atau mungkin dengan penerbitan Supernur#1 ini akan membuka wadah adiwira perempuan lokal yang mempunyai kuasa luarbiasa. 

Dan di bawah ini fanart yang aku buat untuk Supernur chibi style



Artzam

Founder Matkomik - Fulltime Graphic Designer, Partime Blogger, Freelance Comic Artist and also Film Director Wannabe